Al-Islam Specialist Hospital

4.3 total rating from 16 reviews

Perks and benefits

Medical
Miscellaneous allowance
Education support
Dental

Why join us?

Hospital yang mendokong konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) . Satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada wargakerja Al Islam serta menfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Mesra Ibadah bertujuan memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W. T. Pihak pengurusan memberikan komtmen yang tinggi dalam mewujudkan kesedaran tersebut dan secara aktif bagi memudahkan pesakit beribadah. Sebagai hospital yang menjunjung nilai-nilai Islam, pihak pengurusan menyediakan pegawai-pegawai agama untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pesakit. Mereka akan menziarahi pesakit secara rutin setiap hari bagi membantu pesakit menunaikan ibadah dan memberi latihan serta tunjuk ajar kepada wargakerja Al Islam agar turut sama membantu pesakit. Selain itu kemudahan asas untuk menunaikan ibadah seperti arah kiblat, telekung, sejadah, penyembur air serta debu tayamum turut disediakan bagi kemudahan pesakit.

Gallery