Nak cari kerja? Ikutilah tips permohonan kerja ini.

Nak cari kerja? Ikutilah tips permohonan kerja ini.
Jobstreet content teamupdated on 29 November, 2021
Share

Anda nak mencari kerja tetapi tidak tahu apa persediaan yang perlu dibuat sebelum memohon perkerjaan? Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ikuti semasa proses permohonan kerja.

1. Ketahui tentang pekerjaan yang anda cari

Job searching

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkerjaan yang sesuai dengan anda. Perkara yang perlu diambil tahu adalah seperti berikut:-

i) Apa peluang pekerjaan yang boleh anda ceburi berdasarkan bidang anda.

ii) Apakah kemahiran atau kelayakan yang diperlukan untuk pekerjaan ini dan adakah anda memenuhi kriteria tersebut?

iii) Syarikat manakah yang menawarkan pekerjaan yang sesuai dengan anda?maklumat berkenaan boleh didapati dalam laman web rasmi mereka atau portal pencarian kerja seperti Jobstreet.com.

2. Resume & cover letter

Resume

Apabila memohon pekerjaan, resume dan cover letter adalah perkara yang sangat penting. Kebanyakan majikan sering menyenarai pendek calon-calon bedasarkan resume dan cover letter. Untuk cover letter, ia hendaklah ditulis dengan formal dan teliti kerana resume anda tidak akan bernilai jika cover letter yang dihantar tidak cukup bagus. Di samping itu, resume anda juga perlu ada kelainan dari calon yang lain dari segi penampilan dan isi kandungan. Beberapa perkara yang boleh diambil kira sebelum menghantar resume kepada majikan yang berkenaan adalah:-

i)  Kemas kini resume anda – Setiap perkara seperti pencapaian dan kerja sambilan perlu dikemas kini agar dapat meningkatkan peluang untuk dipilih oleh majikan.

ii) Senarai dan utamakan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan yang bakal dimohon.

iii) Sediakan nama dan nombor telefon individu yang boleh dirujuk untuk mengesahkan kemahiran dan personaliti anda.(Ingat: Harus maklumkan kepada individu yang berkenaan tentang pekerjaan yang dimohon)

3. Media sosial

Social media

Dengan adanya internet, maklumat boleh didapati dengan sekelip mata. Sama juga dengan maklumat tentang diri anda terutamanya di media sosial seperti Facebook, Twitter & Instagram. Media sosial membolehkan sesetengah majikan menilai calon-calon mereka dengan mudah. Oleh itu, anda perlulah sentiasa mengawasi aktiviti anda di media sosial.

4. Permohonan Kerja

job_search_online

Permohonan kerja boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk menghantar resume dan cover letter melalui laman portal kerja JobStreet.com ataupun terus kepada email rasmi syarikat yang berkenaan. Di samping itu, anda juga boleh mengunjungi pesta kerjaya seperti JobStreet.com Malaysia Career & Training Fair untuk bertemu dengan wakil daripada pelbagai syarikat Apapun, salah satu soalan penting yang harus ditanya sebelum membuat permohonan adalah:-

i) Adakah syarikat itu menawarkan kemudahan dari segi lokasi, waktu bekerja dan keistimewaan yang boleh memanfaatkan diri anda?

5. Persiapan sebelum temuduga

Interview checklist

Persiapan sebelum sesi temuduga adalah sangat penting.  Anda hendaklah mengambil inisiatif untuk mengenal pasti soalan-soalan yang sering ditanya sewaktu temuduga. Dengan persediaan awal, keyakinan diri anda akan meningkat dan ini akan memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Selain itu, anda juga perlu menyediakan beberapa soalan yang relevan untuk ditanyakan kepada majikan. Anda boleh kemukakan soalan-soalan mengenai kultur syarikat, gaya pengurusan dan kepimpinan, ekspektasi dan sebagainya.

6. Temuduga

Job interview

Semasa temuduga, anda haruslah menunjukkan kepada majikan bahawa anda adalah pekerja yang bagus. Majikan dapat menilai calon menerusi tingkah laku dan cara percakapan mereka. Antara perkara yang harus dilakukan:-

i)  Harus berpakaian kemas. Ingat, cara berpakaian anda memainkan peranan yang penting untuk majikan.

ii) Harus tiba sekurang-kurangnya 10 minit awal dari masa yang ditetapkan.

iii) Sediakan dokumen-dokumen yang penting seperti resume, cover letter dan sijil yang berkaitan.

iv) Sediakan sebab kenapa anda membuat keputusan untuk memilih syarikat dan memohon jawatan tersebut.

7. Tawaran Kerja

contract

Selepas sesi temuduga (1-2 minggu), jika anda yang masih menunggu jawapan daripada majikan, anda disarankan untuk menghantar ‘follow up’ email kepada mereka bertanyakan tentang status permohonan anda. Tapi ingat, ‘follow up’ email anda mestilah ditulis dengan formal.

Bagi anda yang ditawarkan pekerjaan, anda patut bangga dengan diri anda kerana bukan senang untuk capai ke tahap ini. Selepas mendapat tawaran kerja, perkara yang patut anda buat adalah menyemak semua butiran dokumen yang diberikan oleh majikan. Pastikan anda memahami dokumen dengan jelas sebelum menandatanganinya.

Bersedia untuk mencari kerja? Apa yang anda tunggu lagi? Ribuan jawatan kosong daripada pelbagai bidang sedang menunggu anda. Mohon sekarang!

More from this category: Resumes

Browse top search terms

Did you know many candidates preparing a resume also research their industry by exploring top search terms?

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.