3 Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate

3 Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate
Jobstreet content teamupdated on 06 October, 2021
Share

Bagi yang aktif, anda juga terlibat dengan aktiviti sukan, kokurikulum, persatuan kelab, dan sebagainya. Apabila belajar di universiti, anda juga telahpun melaksanakan internship, pekerjaan separuh masa, latihan industri ataupun latihan vokasional. Jadi, sebagai seorang fresh graduate, bagaimanakah anda harus menyatakan semua pengalaman tersebut dalam satu surat permohonan kerja atau cover letter yang pendek?

Kepentingan Cover Letter

Pertama sekali, apakah itu cover letter dan kenapa penulisannya sangat penting apabila memohon pekerjaan?

Surat permohonan pekerjaanatau lebih dikenali sebagai cover letter adalah sebuah dokumen yang menyatakaninformasi lanjut dengan lebih terperinci tentang kemahiran dan pengalaman anda. Biasanya, cover letter dihantar bersama-sama dengan resume kerja sebagai dokumen sokongan. Resume hanya menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda manakala cover letter berfungsi sebagai ‘sales pitch‘ untuk memberitahu bakal majikan kenapa anda layak memegang sesebuah jawatan. Oleh itu, penulisan cover letter adalah sangat penting apabila anda ingin memohon sesuatu pekerjaan.

Jangan risau juga jika anda seorang fresh graduate yang kurang pengalaman kerja. Anda masih boleh menulis cover letter yang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Dalam artikel ini kami sertakan tips dan format cover letter serta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan. Jika bakal majikan anda sebuah syarikat multinasional ataupun bukan syarikat Malaysia, anda boleh rujuk contoh cover letter bahasa Inggeris di sini.

Tips Penting Menulis Cover Letter

Berikut adalah beberapa tips dan peringatan apabila anda ingin menulis cover letter.

• Sebagai fresh graduate, anda boleh memulakan dengan menyatakan siapa diri anda dan dari institusi mana anda menamatkan pengajian.

• Jangan lupa maklumkan bagaimana anda tahu mengenai jawatan kosong tersebut.

• Elakkan daripada mengulangi maklumat yang sedia ada dalam resume.

• Nyatakan bagaimana anda boleh membantu syarikat bakal majikan dengan jawatan yang dipohon.

• Jika sesuai, nyatakan pengalaman lepas dan kemahiran yang relevan sahaja.

• Anda tidak perlu membincangkan hal gaji dalam cover letter.

• Gunakan perkataan yang ringkas dan padat.

• Pastikan anda semak ejaan dan tatabahasa.

• Jangan tulis maklumat palsu.

Format Cover Letter

Surat permohonan kerja dalam bahasa melayu tak berbeza sangat daripada cover letter Bahasa Inggeris. Formatnya lebih kurang sama. Pastikan cover letter dalam Bahasa Melayu anda mempunyai struktur dan kandungan berikut:

• Alamat dan butiran diri

• Alamat dan jawatan penerima (bakal majikan)

• Tarikh hari ini

• Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik atau Puan

• Tujuan surat itu termasuk butiran jawatan yang ditawarkan

• Nyatakan sebab dan hasrat anda memohon jawatan tersebut

• Nyatakan cara-cara anda boleh menyumbang kepada syarikat bakal majikan

Contoh Cover Letter Versi Surat Formal

Contoh Cover Letter Versi Email

Subjek Email: (Nama Anda) untuk jawatan (Jawatan Kerja)

Selamat Sejahtera Tuan/Puan (Nama Penerima)

Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan Junior Marketer yang baru-baru ini tersedia di syarikat Tuan/Puan.

Saya telahpun menerima ijazah Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan Marketing dari Universiti XYZ serta dilengkapi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan strategi marketing efektif.

Ketika internship selama 6 bulan di syarikat ABC, saya telah mempelajari bagaimana sesebuah syarikat itu menentukan produk atau servis apa untuk dijual, cara mencapai demografik tertentu menggunakan alat analitik dan cara untuk bertindak balas terhadap ancaman pesaing.

Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami konsep pemasaran yang kompleks dan cara menggunakan taktik berbeza untuk mencapai pelbagai objektif.

Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.

Pencapaian yang paling membanggakan semasa internship tersebut adalah pengaturan pemasaran gerila untuk produk yang baru dilancarkan. Saya mendapat tempat di GHI Shopping Mall dan kami melakukan eksperimen sosial untuk memperkenalkan produk baru. Kami mendapat sambutan positif yang luar biasa dari pembeli dan 50% pembeli akhirnya membeli produk kami pada hari itu.

Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.

Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

(Nama)

(No. Telefon)

Contoh Cover Letter Tanpa Internship

Kami harap anda berjaya dalam memohon pekerjaan yang diinginkan. Jika anda perlukan bantuan menulis resume untuk fresh graduate, sila klik pautan ini. Untuk memudahkan proses permohonan pekerjaan, anda boleh lengkapkan profil JobStreet anda dan menghantar permohonan pekerjaan secara langsung kepada bakal majikan.

NOTA: Contoh surat permohonan ini hanya untuk rujukan. Semua maklumat yang diberikan harus dianggap sebagai fiksyen.

More from this category: Cover letters

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.