Ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan

Ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan
Jobstreet content teamupdated on 29 November, 2021
Share

Mesti anda pernah dengar tentang ciri-ciri yang sering menjadi idaman para majikan apabila mengambil pekerja. Berikut adalah kriteria-kriteria yang dicari oleh majikan.

1. Intergriti

Employee relationship

Intergriti merupakan ciri yang paling penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam kehidupan tapi juga di tempat kerja. Tahap intergriti pekerja boleh dinilai melalui sejauh mana mereka jujur dengan diri sendiri. Kebanyakan masa, mereka akan bersikap jujur dengan majikan dan rakan-rakan kerja jika mereka mampu bersikap jujur dengan diri sendiri. Dengan bersikap jujur dan amanah, anda dapat melihat perbezaan kualiti diri yang ketara berbanding pekerja-pekerja yang lain.

2. Kecerdasan

Networking

Bedasarkan kajian, tahap kecerdasan perkerja boleh menyumbang lebih 60 peratus daripada produktiviti mereka. Kecerdasan yang dimaksudkan adalah keupayaan pekerja untuk menetapkan keutamaan, merancang, menyelesaikan tugas yang diberi dan menyelesaikan masalah.

Cara utama yang boleh dilihat oleh majikan tahap kecerdasan pekerja ialah melalui cara soalan yang ditanya. Seseorang pekerja boleh menunjukkan tahap kecerdasan dengan bertanyakan soalan dan mendengar jawapan yang baik.

3. Mudah mesra

Teamwork

Majikan sering mencari pekerja yang mempunyai sikap yang ramah dan senang untuk bekerjasama. Tak kira lelaki atau perempuan, sesiapa yang mempunyai personaliti yang bagus akan sentiasa lebih berjaya dengan apa sahaja yang mereka buat. Anda kenalah ingat bahawa kerjasama adalah kunci kepada kejayaan.

4. Kecekalan diri

Patience

Bukan sepanjang masa anda dapat elak daripada masalah di tempat kerja. Kecekalan diri bermaksud mempunyai keupayaan untuk bersabar apabila menghadapi saat-saat yang sukar di tempat kerja. Sifat ini oleh dilihat jelas oleh majikan ketika sesi temu duga. Jika pekerja kelihatan tenang ketika sesi temu duga, perkerja tersebut telah menunjukkan bahawa dia berkemungkinan besar akan mampu bersabar dan kekal tenang ketika berdepan dengan masalah atau krisis.

5. Kepimpinan

Leadership

Kepimpinan dalam konteks ini adalah pekerja yang ingin dan sanggup menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan. Ciri pekerja yang mempunyai sifat kepimpinan ialah mereka yang tidak suka memberi alasan apabila tidak tahu membuat kerja. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan. Selalunya, pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menjadi pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi untuk mencapai matlamat syarikat.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang dicari oleh majikan? Jangan risau, anda sentiasa mempunyai masa untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi individu yang lebih berjaya.

Kunjungilah laman web kami, JobStreet.com atau ikuti kami di Facebook untuk mendapatkan informasi yang terkini.

More from this category: Job interviews

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.