9 Jenis Kerja Dari Rumah Sepenuh Masa Yang Boleh Dipercayai

9 Jenis Kerja Dari Rumah Sepenuh Masa Yang Boleh Dipercayai
Jobstreet content teamupdated on 06 October, 2021
Share

Selagi ada komputer, telefon pintar, dan akses internet, work from home boleh dilaksanakan. Ini bermakna anda mungkin perlu berunding dengan majikan untuk dapat kebenaran bekerja dari rumah ataupun cari kerja sambilan atau freelance. Namun, anda perlu juga berhati-hati sebab penipuan atau scam semakin berleluasa. Jadi, untuk bantu anda dalam proses cari kerja online dari rumah, kami telah senaraikan beberapa pekerjaan yang boleh dipercayai.

Perkhidmatan Pelanggan

Banyak syarikat inginkan perkhidmatan pelanggan yang ramah mesra, boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk membantu selesaikan masalah pelanggan. Oleh sebab itu, pekerjaan ini sangat penting dan sentiasa diperlukan. Kebanyakan syarikat kini membolehkan anda bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan di rumah. Anda hanya perlukan telefon atau komputer untuk perkhidmatan livechat dan keperibadian yang mesra.

Telemarketer

Pekerjaan ini sangat popular dan in-demand di Malaysia. Sebagai seorang telemarketer, anda perlu pandai menjual produk dan melaksanakan susulan panggilan bersama pelanggan. Sama seperti perkhidmatan pelanggan, pekerjaan ini boleh dilaksanakan di rumah asalkan anda mempunyai kemudahan yang tertentu dan mampu berkomunikasi bersama majikan secara online dengan baik.

Penganalisa Perniagaan

Antara tanggungjawab penganalisa perniagaan adalah mengumpul maklumat perniagaan dan mencari jalan penyelesaian untuk sebarang masalah. Maklumat tersebut akan dibentangkan dalam sebuah dokumen penyelidikan yang anda perlu sediakan. Jadi, anda hanya memerlukan komputer, akses Internet serta informasi tentang perniagaan tersebut. Jika anda mempunyai pengalaman sebagai penganalisa, anda boleh buat permohonan untuk work from home bersama syarikat yang diingini.

Pakar Digital Marketing

Digital Marketing adalah salah satu industri yang terhangat di pasaran. Setiap perniagaan atau jenama syarikat memerlukan strategi pemasaran secara online mahupun offline. Oleh sebab itu, peranan seorang digital marketer itu sangat penting dan diperlukan. Baru-baru ini, kebanyakan syarikat sedang mencari pakar digital marketing yang boleh bekerja secara efisyen di rumah oleh sebab pandemik ini. Jadi, jika anda berpengalaman, bolehlah memohon pekerjaan work from home ini.

Pengurus Social Media

Dalam industri Digital Marketing terdapat beberapa pekerjaan yang diperlukan untuk menjayakan strategi pemasaran. Salah satunya adalah pengurusan social media yang bertanggungjawab dan efektif untuk buat posting bagi meningkatkan kesedaran sesuatu jenama. Sebagai pengurus social media, anda mungkin perlu juga pandai reka grafik secara asas dan kreatif bila tulis kapsyen.

Penulis atau Copywriter

Ramai yang anggap kerja penulis ini tidak boleh menerima pendapatan konsisten dan hanya boleh kerja part time. Anggapan ini adalah tidak benar pada zaman internet dan kerja online sekarang ini. Kebanyakan syarikat kecil-kecilan biasanya memerlukan seorang copywriter atau penulis yang boleh dipercayai dan mampu work from home. Jika anda mempunyai skill copywriting ataupun menulis artikel blog, bolehlah cari kerja online yang memerlukan kemahiran tersebut.

Pereka Laman Web & Grafik

Seperti seorang penulis, pereka laman web atau grafik juga sering dianggap kurang berbaloi. Sebenarnya, pekerjaan tersebut memang wujud sama ada sepenuh masa ataupun sambilan yang boleh dilaksanakan di rumah. Jika anda mempunyai kemahiran membuat laman web atau buat graphic design anda boleh buat permohonan untuk melaksanakan pekerjaan tersebut secara online di rumah.

Jurubahasa, Penterjemah atau Transkripsi

Adakah anda fasih bertutur beberapa jenis bahasa? Jika ya, anda boleh work from home dengan mudah sama ada sepenuh masa mahupun kerja part time di rumah sebagai seorang jurubahasa, penterjemah atau kerja transkripsi. Semua itu memerlukan anda untuk mahir beberapa jenis bahasa. Terdapat banyak syarikat di Malaysia yang memerlukan kemahiran tersebut supaya mereka boleh berhubung dengan pelanggan yang pelbagai jenis dan latar belakang.

Online Tutor

Ketika waktu pandemik, ramai guru terpaksa mengajar secara online kepada anak murid mereka. Sebenarnya, mengajar online sebagai online tutor ini bukannya luar biasa. Pembelajaran secara online telah lama wujud dan jika anda mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam sesuatu subjek, anda bolehlah jadi seorang online tutor. Anda boleh sertai sesebuah syarikat yang mengambil pekerja yang mengajar secara online ataupun memulakan perkhidmatan pengajaran online anda tersendiri sebagai pekerja bebas.

Peringatan Apabila Kerja Online

Jika anda kerja di rumah sebagai freelancer, anda perlulah daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengesahkan perkhidmatan anda dan memudahkan pembayaran cukai. Anda tidak perlu lakukan perkara ini jika anda bekerja dengan sesebuah syarikat sebagai remote worker. Selain itu, pastikan anda kaji selidik latar belakang sesebuah syarikat serta pekerjaan dalam sesebuah iklan untuk mengelakkan sebarang penipuan.

Jika anda inginkan kerja dari rumah yang boleh dipercayai, lawati laman web JobStreet dan cari pekerjaan yang diingini. Kemudian, kemas kini profil anda untuk menunjukkan kemahiran anda sebelum memohon sesuatu pekerjaan online.

More from this category: Finding the job for you

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.