Kemahiran Yang Anda Perlukan Sekarang untuk Pekerjaan Akan Datang

Kemahiran Yang Anda Perlukan Sekarang untuk Pekerjaan Akan Datang
Jobstreet content teamupdated on 29 November, 2021
Share

Menurut Future of Jobs Report yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, lebih satu pertiga daripada kemahiran yang dianggap penting untuk kerjaya kita sekarang akan menjadi tidak relevan lima tahun lagi. Teknologi berubah lebih pantas daripada yang kita jangkakan, namun adakah ini bermakna yang kita akan digantikan dengan robot dan android tidak lama lagi? Tidak semestinya. Sungguhpun teknologi merupakan sebahagian daripada revolusi industri yang penting dalam menghasilkan kerja secara lebih pantas dan lebih baik, masih terdapat banyak kebolehan lain yang boleh kita hasilkan untuk memastikan kerjaya dapat bertahan pada masa depan.

1. Menambah dan Mempelajari Kemahiran

Sepertimana yang dialami oleh kebanyakan negara lain di seluruh dunia, pandemik telah mengubah pasaran kerja Malaysia dan suasana kerja. Di sebalik semua perubahan dan peralihan ini, renungkan soalan penting yang patut kita tanyakan pada diri sendiri: Apakah yang perlu dibuat untuk kekal relevan dalam jawatan dan pengkhususan sedia ada? Bagaimana kita memastikan kerjaya dapat bertahan pada masa depan? Salah satu jawapannya ialah dengan Menambah Kemahiran. Menambah Kemahiran bukan sekadar dapat meningkatkan kebolehan dalam jawatan sedia ada, malah jawatan seterusnya yang diimpikan dan yang paling penting, perjalanan kerjaya anda di peringkat jangka panjang. Pekerjaan yang mendapat permintaan sentiasa mengalami perubahan, jadi adalah penting untuk berpandangan jauh. Keperluan melengkapkan diri dengan kemahiran yang setanding dengan perubahan dunia pekerjaan dan masyarakat yang semakin bergantung pada teknologi kini menjadi semakin penting.

Menambah Kemahiran adalah proses mempelajari, menyerlahkan kemahiran baru dan keupayaan seperti bidang teknikal atau kemahiran yang boleh dipindah, sangat berharga dalam pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi. Menambah kemahiran membolehkan anda berada setara dengan trend industri serta membina kerjaya yang berjaya dan memberi kepuasan. Dunia yang semakin berubah disebabkan teknologi membuatkan kemahiran yang dianggap berguna pada hari ini mungkin bertukar menjadi lapuk dalam beberapa tahun. Menambah Kemahiran dan mempelajari kemahiran baru adalah satu-satunya cara untuk kekal seiring dengan perubahan ini. Ia perlu dilakukan secara berterusan, dari semasa ke semasa bagi memastikan kemahiran yang anda miliki menepati trend semasa dalam industri yang diceburi. Ada pelbagai cara untuk menambah kemahiran diri. Anda boleh belajar untuk mendapatkan sijil baru, menghadiri kursus dan seminar, atau belajar daripada mentor industri.

Berikut adalah senarai peluang menambah kemahiran yang tersedia:

  • latihan jangka pendek
  • kelas dalam talian
  • bengkel
  • persidangan perniagaan
  • program mentor
  • kerja sukarela
  • menyertai pertubuhan profesional
  • melanggan jurnal dan penerbitan industri

2. Kefleksibelan

Kefleksibelan bukan merupakan kemahiran kritikal untuk kakitangan selama ini memandangkan kebanyakan struktur kerja tidak mengalami perubahan. Namun, ia berbeza dengan dunia tenaga kerja hari ini. Keupayaan menjadi fleksibel dan kemampuan menyesuaikan diri dengan teknologi dan trend baru kini sangat penting. Teknologi telah mengubah hampir setiap industri, daripada bidang media kepada perubatan, hinggalah kepada logistik dan pembinaan. Keupayaan kakitangan untuk menyesuaikan diri amat penting, seiring dengan perubahan dalam industri. Perniagaan yang enggan atau tidak dapat menyesuaikan diri dan berubah akan ketinggalan dan akhirnya gagal.

3. Kreativiti dan kecerdasan emosi

Teknologi seakan-akan mengambil alih kehidupan kita secara perlahan-lahan. Namun, jangan bimbang kerana harapan masih ada. Biarpun teknologi menjadi semakin maju, ia tidak mungkin dapat menandingi kreativiti, inovasi dan kecerdasan emosi pada minda manusia. Selagi anda berusaha mencipta idea baru dan berfikir di luar kebiasaan, anda akan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang cabaran pada masa depan. Pupuk kemahiran insani anda dan tunjukkan inisiatif dengan memperbaiki kemahiran kepimpinan. Anda boleh melakukannya dengan pelbagai cara mudah. Sebagai contoh, dengan menghadiri kursus kepimpinan dalam talian, melakukan kerja sukarela di luar bidang kerja, dan melatih menti.

4. Perundingan

Biarpun betapa inovatif atau majunya teknologi, hanya manusia yang dapat melaksanakan perundingan, bukannya mesin. Kemahiran berunding akan menjadi sangat penting pada masa depan memandangkan kita perlu mencapai keputusan yang terbaik untuk kedudukan dan organisasi kita apabila timbulnya sesuatu pertikaian. Kunci utama kejayaan proses perundingan ialah prinsip kesaksamaan, mencapai manfaat bersama dan mengekalkan hubungan.

Ketahui lebih lanjut mengenai kemahiran perundingan dan cara untuk menggunakannya demi manfaat anda apabila memohon kenaikan gaji, di sini.

5. Keusahawanan

Teknologi membantu kerja harian kita dengan mengambil alih tugas kasar dan berulang-ulang, memberi kita lebih masa untuk menumpukan kepada peranan yang lebih aktif dan merebut peluang keusahawan. Usahawan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi; menggunakan kemahiran dan inisiatif mereka untuk menduga keperluan dan jurang di pasaran, serta menyediakan pelbagai idea yang inovatif. Meskipun terpaksa menanggung risiko dan ketaktentuan menceburkan diri dalam bidang keusahawan, menghasilkanstart-upyang berjaya membawa kepada keuntungan, kemasyhuran, dan peluang pertumbuhan secara berterusan.

6. Kecerdasan sosial

Kecerdasan sosial bermaksud keupayaan membentuk kaitan dengan orang lain. Ia membolehkan anda membentuk hubungan bermakna dan tulus menerusi emosi seperti empati dan kesefahaman. Ini membolehkan anda mengharungi persekitaran sosial dengan mudah. Kecerdasan sosial juga penting untuk perkara yang mementingkan interaksi, kerjasama, dan perundingan. Sungguhpun kita boleh bergantung pada teknologi untuk melaksanakan tugasan yang berasaskan logik dan mekanikal, kaitan manusia dan kecerdasan sosial tidak akan dapat diganti.

7. Pemikiran kritikal & menyelesaikan masalah

Teknologi memberi kita keupayaan untuk memproses maklumat dan menyediakan pemahaman teknikal yang mungkin mustahil dihasilkan oleh manusia. Namun begitu, ia tidak berupaya menganalisis situasi dan memberi penyelesaian yang sesuai berdasarkan  implikasi yang sepatutnya, menyebabkan kita terpaksa memainkan peranan sebagai pemikir dan pembuat keputusan. Kemahiran pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah akan membolehkan kita untuk menghasilkan penyelesaian dan idea, menyelesaikan masalah rumit berdasarkan pertimbangan dan logik, di samping menilai hujah.

Kita mesti terus berusaha untuk berkembang serta meningkatkan kemahiran dan kecekapan demi menghadapi cabaran tempoh yang tidak menentu sambil mempersiapkan diri untuk kerja pada masa depan. Biarpun kerja pada masa depan masih belum tersedia buat masa ini, kita perlu bersedia dari SEKARANG supaya kekal relevan, cekal dan boleh menghadapi apa sahaja.

Falsafah kami di JobStreet ialah membawakan anda #JobsThatMatter. Sebagai Rakan Bakat nombor 1 di Asia, kami menghubungkan majikan dengan calon-calon sesuai yang berupaya membawa kesan positif dan berpanjangan kepada organisasi.

Temui Kerja Yang Bermakna. Layari JobStreet hari ini.

Mengenai SEEK Asia

SEEK Asia yang merupakan gabungan dua jenama utama JobStreet dan JobsDB merupakan peneraju portal kerja dan destinasi kegemaran Asia bagi calon-calon dan pencari bakat. SEEK Asia beroperasi di 7 buah negara iaitu Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. SEEK Asia adalah sebahagian daripada SEEK Limited Company yang tersenarai di Australian Securities Exchange, portal kerja terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran. SEEK Asia menarik lebih 400 juta kunjungan setiap tahun.

Mengenai SEEK Limited

SEEK ialah kumpulan syarikat-syarikat yang pelbagai, meliputi portfolio utuh pekerjaan dalam talian, pendidikan, perniagaan komersial dan sukarela. SEEK berpengaruh

di peringkat global (termasuk Australia, New Zealand, China, Hong Kong, Asia Tenggara, Brazil dan Mexico) dengan pendedahan kepada lebih 2.9 bilion orang dan kira-kira 27 peratus KDNK global. Di peringkat global, SEEK memberi sumbangan positif terhadap kehidupan orang ramai. SEEK disenaraikan di Australian Securities Exchange, di mana ia menjadi 100 syarikat teratas dan telah disenaraikan sebagai Top 20 Most Innovative Companies oleh Forbes.

More from this category: Finding the job for you

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.