9 jenis kerja dari rumah sepenuh masa yang boleh dipercayai

9 jenis kerja dari rumah sepenuh masa yang boleh dipercayai
Jobstreet content teamupdated on 30 May, 2024
Share

Kebelakangan ini, landskap pekerjaan mengalami transformasi dengan peningkatan bilangan individu yang mencari peluang kerja dari rumah. Memandangkan permintaan untuk pengaturan kerja yang fleksibel terus meningkat, keperluan untuk kerja sepenuh masa dari rumah juga makin meningkat.

Terdapat banyak pilihan yang tersedia di pasaran kerja hari ini. Oleh itu, membezakan antara peluang yang sah dan kemungkinan “scam” merupakan antara perkara yang amat penting.

Dalam artikel ini, anda akan melihat peluang-peluang kerja dari rumah sepenuh masa yang boleh dipercayai. Sama ada anda seorang yang berpengalaman kerja dari rumah atau seseorang yang mempertimbangkan peralihan kepada pekerjaan dari rumah sepenuh masa, artikel ini adalah sangat sesuai untuk anda.

Faedah-faedah bekerja dari rumah

Bekerja dari rumah menawarkan banyak faedah. Cara kerja ini memberikan lebih fleksibiliti dalam menguruskan jadual kerja, meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja seseorang. Selain itu, kerja dari rumah boleh menyumbang kepada keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik, memberikan peluang untuk gaya hidup yang lebih sihat dan bermakna.

  1. Keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik
    ⁠Salah satu faedah utama bekerja dari rumah ialah keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik. Kebanyakan kerja seperti ini hadir dengan jadual yang fleksibel, membolehkan anda memulakan dan menamatkan hari anda seperti yang anda pilih, dengan syarat kerja mereka selesai dalam masa yang ditetapkan.

    ⁠Fleksibiliti jadual kerja seperti ini juga tidak akan mengganggu kehidupan dan tanggungjawab peribadi anda. Anda boleh menghantar anak-anak ke sekolah, menjalankan tugas di rumah, dan bersenam sambil bekerja dari rumah. Ia menjadikannya lebih mudah untuk mengimbangi tugas-tugas ini di samping menjalankan kewajipan profesional.
  2. Kurang tekanan sebab tiada perjalanan ulang-alik
    Rakyat Malaysia menghabiskan purata 53 minit dalam kesesakan lalu lintas hampir setiap hari. Itu hanya purata, ada sesetengah yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk hampir dua jam setiap jalan sehala.

    ⁠“Commute” dari rumah ke kerja kebiasaannya memakan masa yang banyak dari hari anda. Selain itu, perkara ini juga akan menyumbang kepada masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kebimbangan, kolesterol tinggi, gula darah tinggi dan risiko kemurungan yang lebih tinggi.

    ⁠Mengurangkan masa perjalanan berulang-alik dapat memperbaiki kesihatan mental dan fizikal seseorang. Anda juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga, bersenam, atau menikmati sarapan pagi yang sihat.
  3. Kebebasan memilih lokasi kerja
    Kerja dari rumah menawarkan beberapa kelebihan yang signifikan dan salah satu yang paling menarik ialah kebebasan memilih lokasi kerja. Ini bermakna anda tidak terhad kepada pejabat atau lokasi kerja yang tetap. Sebaliknya, anda boleh bekerja dari mana-mana sahaja yang anda pilih, baik itu di rumah, di kafe, atau bahkan di taman, selagi ada sambungan internet yang stabil.

    ⁠Kebebasan ini memang hebat sebab memberi peluang kepada anda untuk memilih tempat kerja yang paling selesa dan menginspirasi. Bayangkan dapat bekerja di tempat yang anda suka, tentu saja produktiviti kerja akan meningkat dan anda pun jadi lebih tenang dan gembira. Bila bekerja dalam suasana yang menyenangkan, ini juga membantu meningkatkan kesejahteraan mental anda.

9 jenis kerja dari rumah yang boleh dipercayai

Jadi, untuk mudahkan anda cari kerja online dari rumah, kami telah senaraikan beberapa pekerjaan yang boleh dipercayai.

1. Perkhidmatan pelanggan

⁠Banyak syarikat inginkan perkhidmatan pelanggan yang ramah dan mesra, boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk membantu selesaikan masalah pelanggan. Oleh sebab itu, pekerjaan ini sangat penting dan sentiasa diperlukan.

Kebanyakan syarikat kini membolehkan anda bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan dari rumah. Anda hanya perlukan telefon atau komputer untuk perkhidmatan livechat dan mempunyai keperibadian yang mesra.

2. Telemarketer

Pekerjaan ini sangat popular dan in-demand di Malaysia. Sebagai seorang telemarketer, anda perlu pandai menjual produk dan melaksanakan susulan panggilan bersama pelanggan.

Sama seperti perkhidmatan pelanggan, pekerjaan ini boleh dilaksanakan di rumah asalkan anda mempunyai kemudahan yang tertentu dan mampu berkomunikasi bersama majikan secara online dengan baik.

3. Business analyst

Antara tanggungjawab business analyst ialah mengumpul maklumat perniagaan dan mencari jalan penyelesaian untuk sebarang masalah. Maklumat tersebut akan dibentangkan dalam sebuah dokumen penyelidikan yang anda perlu sediakan.

Jadi, anda hanya memerlukan komputer, akses Internet serta informasi tentang perniagaan tersebut. Jika anda mempunyai pengalaman sebagai penganalisis, anda boleh buat permohonan untuk kerja dari rumah bersama syarikat yang diingini.

man working remotely in cafe

4. Pakar digital marketing

Digital Marketing adalah salah satu industri yang paling berkembang di pasaran. Setiap perniagaan atau jenama memerlukan strategi pemasaran yang cekap, baik dalam talian mahupun luar talian.

Oleh itu, peranan seorang digital marketer sangat penting dan sentiasa diperlukan. Baru-baru ini, kebanyakan syarikat sedang mencari pakar digital marketing yang boleh bekerja secara efisyen dari rumah. Jadi, jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang ini, anda boleh memohon pekerjaan work from home ini.

5. Pengurus media sosial

Pengurus media sosial ni agak sama dengan seorang digital marketer. Tetapi, job scope seorang pengurus media sosial hanya tertakluk kepada media sosial sahaja. Anda akan bertanggungjawab untuk memastikan yang saluran media sosial jenama syarikat anda tu sentiasa aktif.

Anda perlu menyediakan beberapa jenis “content” secara konsisten untuk posting di media sosial. Selain itu, anda juga perlu berinteraksi dengan "audience” menggunakan akaun jenama anda. Semua ini penting supaya jenama anda memberi impresi yang baik kepada semua orang.

6. Penulis atau copywriter

Ramai yang anggap kerja menjadi penulis ini tidak boleh menerima pendapatan konsisten dan hanya boleh kerja “part time”. Anggapan ini boleh dikatakan salah kerana syarikat dan jenama-jenama sentiasa memerlukan penulis bagi menyediakan “content”.

Anda mempunyai kemahiran menulis dan boleh menyampaikan idea dengan jelas melalui tulisan? Kalau begitu, anda boleh menjadi seorang penulis atau copywriter. Banyak syarikat sentiasa mencari penulis, dan kebanyakannya merupakan peluang kerja remote.

7. Pereka laman web dan grafik

Seperti seorang penulis, pereka laman web atau grafik juga sering dianggap sebagi kerja yang kurang berbaloi. Sebenarnya, pekerjaan tersebut memang wujud sama ada sepenuh masa ataupun sambilan yang boleh dilaksanakan di rumah.

Bila anda mempunyai kemahiran membuat laman web atau buat graphic design anda boleh buat permohonan untuk melaksanakan pekerjaan tersebut secara online di rumah.

8. Jurubahasa, penterjemah atau transkripsi

Adakah anda fasih bertutur berbilang bahasa? Jika ya, anda boleh work from home dengan mudah sama ada sepenuh masa mahupun kerja part time di rumah sebagai seorang jurubahasa, penterjemah atau kerja transkripsi.

Semua kerja ini memerlukan anda untuk mahir beberapa jenis bahasa. Terdapat banyak syarikat di Malaysia yang memerlukan kemahiran tersebut supaya mereka boleh berhubung dengan pelanggan yang pelbagai jenis dan latar belakang.

9. Tutor atas talian

Mengajar secara online telah menjadi kaedah yang semakin popular dalam sektor pendidikan. Jika anda memiliki kemahiran atau pengetahuan dalam subjek tertentu, anda boleh memanfaatkannya untuk menjadi seorang online tutor.

Anda boleh menyertai syarikat yang menawarkan perkhidmatan mengajar secara online atau memulakan perkhidmatan pengajaran online anda sendiri sebagai pekerja bebas. Ini memberikan fleksibiliti dalam mengatur jadual kerja dan memilih pelanggan, serta peluang untuk memperluas jaringan profesional anda dalam bidang pendidikan.

woman working remotely outdoors

Juga: Cara Betul Memohon Kerja dan Hantar Resume Melalui Email

Keburukan bekerja dari rumah

Walaupun bekerja dari rumah menawarkan banyak faedah, terdapat juga beberapa keburukannya. Kerja secara remote boleh menimbulkan cabaran seperti pengasingan, gangguan dan kesukaran dalam mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja. Berikut adalah beberapa keburukan utama bekerja dari rumah:

1. Perasaan kesunyian

⁠Anda sebagai manusia tidak boleh hidup atau bekerja bersendirian sepanjang masa. Walaupun sesetengah pekerja suka akan idea bekerja sendiri tanpa gangguan di tempat kerja, ada juga yang mungkin tidak menyukainya.

Bekerja bersendirian bermakna anda menghabiskan banyak masa hanya berinteraksi dengan skrin komputer dan tidak mempunyai hubungan bersemuka dengan manusia lain. Platform seperti Zoom dan Skype memungkinkan pekerja untuk berhubung melalui panggilan video dan persidangan, namun ini tidak sama dengan kesan duduk bersama dan berbincang dengan rakan sekerja secara langsung.

2. Kos “home office”

Anda harus memastikan yang tempat kerja anda adalah kondusif. Tanpa suasana yang sesuai, anda akan mudah terganggu atau hilang fokus. Tetapi untuk memastikan home office anda ialah kondusif, bukannya murah. Memastikan yang anda mempunyai meja, kerusi, aksesori dan gadget yang selesa datang dengan kosnya tersendiri.

Ya, majikan anda mungkin menyediakan laptop serta headphones, namun adakah itu cukup? Semestinya tidak. Oleh itu, anda mungkin harus menampung kos untuk menyediakan sebuah home office untuk anda.

3. Kesukaran menyelia dan mengurus bagi pengurus

Bagi seorang “manager” atau pengurus, menyelia pasukan secara remote boleh menimbulkan cabaran. Ia lebih sukar untuk memantau prestasi pekerja, memberikan maklum balas tepat pada masa dan mengekalkan kesepaduan pasukan apabila semua orang bekerja dari lokasi yang berbeza.

Ini boleh menyebabkan ketidakcekapan dan kekurangan akauntabiliti. Selain itu, kerja secara remote boleh menyukarkan untuk mengenal pasti dan menangani isu seperti pemberhentian pekerja atau keletihan.

Pengurusan pekerja secara remote memerlukan kemahiran dan strategi yang berkesan. Ini penting untuk membina kepercayaan dan komunikasi yang jelas antara pekerja dan majikan

Tips untuk bekerja dari rumah dengan berkesan

Bekerja dari rumah menawarkan fleksibiliti dan kemudahan yang tiada tandingan, tetapi ia juga memerlukan disiplin dan strategi pintar untuk kekal produktif.

Berikut ialah beberapa tips penting untuk membantu anda memaksimumkan kecekapan anda dan mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja yang sihat semasa bekerja dari rumah.

  1. Berehat untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti
    ⁠Ramai mungkin ingat yang pekerja remote ini suka berehat. Namun, realitinya ialah pekerja remote berehat lebih sedikit berbanding mereka yang bekerja di pejabat.

    ⁠Mungkin kerana anda biasa bekerja walaupun waktu kerja sudah dikira habis. Bila anda bekerja di rumah, agak susah untuk memisahkan kerja daripada kehidupan peribadi.

    ⁠Oleh itu, pastikan anda menggunakan Teknik Pomodoro ini untuk menguruskan kerja dan rehat:
    ⁠- Pilih tugasan.
    - Kerja untuk 25 minit.
    ⁠- Selepas 25 minit, ambil rehat lima minit. Itu merupakan satu pecut "Pomodoro".
    ⁠- Selepas empat pecut Pomodoro, berehat lebih lama.
    ⁠- Ulangi kitaran ini sepanjang hari bekerja.

    ⁠Kaedah ini akan membantu anda berehat seketika dan kembali kepada tugas dengan lebih fokus dan segar.
  2. Ikuti jadual untuk hari yang lebih produktif

    ⁠Untuk meningkatkan produktiviti di rumah, anda digalakkan untuk menetapkan waktu kerja mencerminkan jadual yang mereka kekalkan di pejabat.

    ⁠Kemudian, pastikan anda mematuhi rutin yang konsisten. Ini dapat memupuk rasa struktur dan kecekapan, membantu anda kekal fokus dan prihatin sepanjang hari.
  3. Kekalkan produktiviti dengan “to-do list”
    ⁠Kami mengesyorkan yang anda menggunakan aplikasi organisasi untuk produktiviti bagi pengurusan tugas harian. Ini memberikan pendekatan tertumpu untuk menyelesaikan tugasan tanpa beralih antara tugas.

    ⁠Komunikasi yang berkesan adalah penting dalam tetapan kerja dari rumah. Jadualkan mesyuarat tetap, sama ada setiap hari atau mingguan, untuk membincangkan progress projek, pengutamaan tugas, dan penetapan tarikh akhir untuk memudahkan penjajaran pasukan dan pencapaian matlamat.
  4. Minimumkan gangguan untuk fokus dan produktiviti

    ⁠Gangguan boleh memberi kesan ketara kepada anda yang work from home dan mengakibatkan kehilangan masa dan produktiviti. Walaupun mempunyai lebih autonomi sepanjang hari kerja mereka, bekerja dari rumah mungkin mempunyai gangguan di rumah.

    ⁠Gangguan biasa seperti mesej teks, panggilan telefon dan media sosial boleh mengganggu aliran kerja. Anda digalakkan untuk menyenyapkan telefon, mewujudkan ruang kerja khusus yang kondusif untuk produktiviti, dan elakkan kawasan rumah yang mungkin kacau anda untuk mengalihkan perhatian daripada tugasan kerja.

Peringatan apabila bekerja dari rumah

Kalau anda merupakan seorang freelancer, pastikan anda mendaftar diri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengesahkan perkhidmatan anda dan memudahkan pembayaran cukai. Tapi kalau anda seorang remote worker di sesebuah syarikat, perkara ini tidak diperlukan.

Selain itu, pastikan anda kaji selidik latar belakang sesebuah syarikat serta pekerjaan dalam sesebuah iklan untuk mengelakkan sebarang penipuan.

⁠Jika anda inginkan kerja dari rumah yang boleh dipercayai, lawati laman web Jobstreet dan cari pekerjaan yang diingini. Kemudian, kemas kini profil anda untuk menunjukkan kemahiran anda sebelum memohon sesuatu pekerjaan online.

Soalan lazim

  1. Apakah cara untuk mencari peluang kerja dari rumah?

    ⁠Mulakan pencarian anda di laman-laman carian kerja. Pastikan anda mempunyai sebuah resume yang baik dan membuat follow up dengan bakal majikan anda tentang peluang bekerja bersama. Jika cara mencari kerja online tidak membuahkan hasil, cuba bertanya dengan kawan-kawan atau network anda.
  2. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan peluang kerja dari rumah tanpa pengalaman?
    ⁠Pastikan anda mempunyai portfolio yang bagus. Portfolio anda mestilah mempunyai kerja-kerja lalu anda yang relevan dengan kerja baru yang anda ingin memohon.

    ⁠Portfolio anda akan mencerminkan kebolehan anda untuk membuat tugasan yang bakal diberi oleh majikan. Ia juga memberi sebuah idea kepada bakal majikan anda sebaik mana anda boleh menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.
  3. Adakah majikan akan menyediakan peralatan untuk bekerja dari rumah?
    ⁠Perkara ini terpulang kepada majikan dan syarikat yang anda akan bekerja dengan. Ada sesetengah syarikat, yang polisinya adalah untuk memastikan pekerja-pekerja disediakan dengan apa sahaja peralatan untuk membuat kerja secara efektif.

    ⁠Tetapi terdapat juga majikan yang mengharapkan anda untuk mempunyai peralatan sendiri. Selalunya sebuah laptop ataupun pc untuk menyiapkan tugasan.

More from this category: Finding the job for you

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.