Untuk membantu anda mempersiapkan diri, kami akan menerangkan 10 soalan temuduga kerja popular yang biasa ditanya oleh bakal majikan. Tips temuduga atau interview ini hanyalah merupakan panduan am dan bukannya patut digunakan sebagai skrip bulat-bulat. Sebaliknya, soalan temuduga kerja berikut boleh digunakan sebagai garis panduan untuk anda memikirkan respons yang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
Soalan ini adalah soalan klasik yang biasa ditanya pada permulaan temuduga. Ini adalah peluang anda untuk memberitahu bakal majikan siapa diri anda secara keseluruhannya dan apa yang anda boleh menyumbang kepada pekerjaan ini.
Sebaik-baiknya, anda perlu menceritakan selama 2-3 minit tentang diri anda, minat peribadi jika ia relevan dengan jawatan yang dipohon dan pengalaman kerja.
Bakal majikan akan mempertimbangkan 3 perkara:
Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui motivasi anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Bakal majikan mempunyai pengalaman yang banyak jadi mereka tahu jika anda tidak jujur.
Pertama sekali, sebelum hadir ke sesi temuduga, pastikan anda laksanakan kajian tentang syarikat tersebut terlebih dahulu. Fahami budaya syarikat dan apa yang mereka lakukan.
Kedua, elakkan daripada memberi jawapan seperti "Oh, sebab tempat ini sangat best untuk kerja! Saya suka gaji dan pakej imbuhan yang ditawarkan," ataupun "Rakan-rakan saya ada dalam syarikat ini jadi lebih senang untuk meluangkan masa dengan mereka." Jawapan macam ini sangat jelak didengar dan tidak menunjukkan kemahiran dan pengalaman anda yang boleh menyumbang kepada syarikat tersebut.
Ketiga, tunjukkan bagaimana anda boleh bantu mencapai matlamat syarikat menggunakan kemahiran atau pengalaman anda. Gunakan contoh sebenar seperti pengalaman kerja sebelum ini.
Soalan ini nampak mudah tetapi cuba fikir lagi sekali. Ia sangat mudah untuk anda memberi jawapan yang tidak diingini jika anda tidak bersedia. Kebanyakan orang cari pekerjaan baru sebab mereka tidak berpuas hati dengan pekerjaan semasa. Walaupun benar, cara anda menyampaikan jawapan tersebut mungkin mempunyai unsur negatif. Jadi untuk soalan ini, bakal majikan sebenarnya ingin tahu cara anda menyampaikan jawapan anda ketika sesi temuduga sama ada anda boleh kekal jujur dan positif.
Jika anda dipecat dari pekerjaan terakhir, cuba jawab dengan ringkas dan jujur. Jangan pula anda beremosi dan mengejek bekas majikan atau syarikat. Anda tak mahu bakal majikan untuk memikirkan bahawa anda masih tak puas hati dan tak boleh fokus kepada pekerjaan seterusnya. Ia juga mungkin menunjukkan peribadi negatif anda yang tidak boleh menerima hakikat dan sering menyalahkan orang lain.
Jika anda meninggalkan pekerjaan secara sukarela, nyatakan secara ringkas dan jangan kongsi perkara negatif. Sebaliknya, anda boleh fokus kepada cara anda boleh menyumbang kepada jawatan baru.
Contoh jawapan ringkas untuk soalan seperti ini:
Elakkan jawapan samar-samar seperti "Saya ingin pekerjaan yang mengujakan" atau " Saya ingin mengembangkan kemahiran dalam sektor ini". Jawapan tersebut menunjukkan kekurangan fokus dan motivasi kepada matlamat kerjaya anda. Sebaliknya, ceritakan bagaimana kemahiran dan pengalaman anda boleh menjadi aset kepada syarikat.
Contohnya, "Saya mempunyai kemahiran komunikasi dan penjualan produk yang baik seperti yang dibuktikan dalam pekerjaan sebelum ini sebagai pegawai pemasaran di syarikat X. Saya telah memahami industri ini secara mendalam dan mampu menyumbang secara positif kepada usaha penjualan syarikat Tuan/Puan."
Soalan temuduga ini sebenarnya sangat rumit. Namun, ini adalah masanya untuk anda menjawab dengan jujur. Tetapi jangan pula anda terlebih jujur ke arah negatif dan memberitahu bakal majikan bahawa anda seorang yang tidak mempunyai kemahiran organisasi atau sering lambat ke meeting. Sebaliknya, jawab dengan jelas dan ringkas tentang kualiti yang menunjukkan bahawa anda seorang bertanggungjawab dan mengambil kira etika kerja, nilai diri, pengajaran di tempat kerja dan kemampuan menyelesaikan masalah.
Di sini anda boleh tunjukkan pengetahuan anda setelah mengkaji selidik syarikat tersebut. Apabila anda mengetahui lebih mendalam tentang sesebuah syarikat, ia menunjukkan bahawa anda serius untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Tetapi jangan pula anda menceritakan setiap fakta yang anda tahu sebab nampak sangat dihafal. Hanya nyatakan produk utama dan perkembangan terkini. Anda juga boleh menunjukkan minat dengan mengemukakan soalan kepada bakal majikan di akhir sesi temuduga.
Cuba nyatakan 2-3 jenis pencapaian. Tujuan soalan ini adalah untuk bakal majikan memahami cara anda mengendali sesebuah projek dan berkomunikasi dengan rakan kerja. Ini adalah penting untuk mereka mengenal pasti jika anda berpeluang untuk berjaya dalam syarikat tersebut. Ceritakan pencapaian yang menunjukkan kekuatan dan kemahiran anda seperti penyelesaian masalah di tempat kerja yang menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah ataupun penyediaan laporan penting dalam keadaan yang sukar menunjukkan kemampuan menangani tekanan.
Jawapan anda patut menunjukkan keyakinan diri dan motivasi untuk mencapai tahap kerjaya tinggi. Nyatakan jangkaan yang realistik dan cadangkan rancangan sebenar anda dalam syarikat tersebut.
Walaupun pekerjaan lalu tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon, anda masih perlu menjawab dengan jujur. Anda juga boleh menerangkan apa-apa projek yang telah dilakukan seperti projek yang dikendalikan luar daripada skop kerja. Yang penting anda memberitahu pengalaman relevan dengan jawatan baru.
Anda boleh jawab soalan ini secara positif dan bersemangat. Bagitahu bakal majikan bagaimana anda bekerja dengan baik bersama bekas rakan kerja anda. Bakal majikan ingin tahu jika anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Sebelum tarikh temuduga kerja, pastikan anda melaksanakan kajian tentang syarikat tersebut, faham apa yang mereka inginkan untuk jawatan yang dipohon dan pastikan anda sediakan kata-kata positif. Sebelum akhir temuduga, pastikan anda mengemukakan soalan kepada bakal majikan untuk menunjukkan minat anda.
Ingat, temuduga pertama ini akan membawa anda kepada temuduga kedua ataupun tawaran pekerjaan. Lakukan yang terbaik dan jangan kecil hati atau putus asa jika tak dapat tawaran. Anda boleh terus membuat permohonan kerja melalui JobStreet dan bersedia untuk temuduga seterusnya.