Pusat Latihan Kemahiran Myart

Advertised: 30-09-11 | Closing Date: 30-10-11

Pusat Latihan Kemahiran Myart Sdn Bhd merupakan pusat bertauliah yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran serta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (dibawah Kementerian Sumber Manusia). Pusat kami kini sedang memperluaskan cawangannya ke Seluruh Malaysia untuk memberi peluang kepada para perantis yang berminat menceburkan diri dalam pelbagai bidang kemahiran. Pusat kami kini menawarkan lebih daripada sepuluh bidang latihan kemahiran kepada para perantis untuk menjadi pilihan kepada mereka.
Kami sedang mencari anda untuk mengisi jawatan sebagai Tenaga Pengajar (Trainer).

Tenaga Pengajar (Trainer)
MYR 3500 - 8500 Incentive + Allowance
Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu

 

Responsibilities:

Peranan dan Tanggungjawab :
  1. Merangka prosedur penilaian kerja kursus, peperiksaan akhir, latihan industri dan projek akhir
  2. Menjelaskan kepada calon tentang:
    • Objektif latihan
    • Keperluan penilaian dan keterampilan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditauliahkan
  3. Menilai keterampilan calon
    • Berdasarkan kepada ciri-ciri penilaian (sahih, boleh percaya & mencukupi)
    • Senarai semak yang diluluskan
  4. Memberi maklum balas yang cepat, tepat dan membina kepada calon mengenai
    • Keputusan penilaian
    • Kelemahan prestasi pelatih
  5. Melaksanakan proses penilaian pelatih
  6. Membimbing calon dalam penyediaan rekod bukti pencapaian dan mengesahkan catatan calon
  7. Memantau perkembangan prestasi pelatih pada setiap keterampilan / performance standard
  8. Menjadi pengawas peperiksaan akhir

Requirements:

Kelayakan / Syarat - Syarat :
1. Wajib memiliki salah satu daripada sijil di bawah:-
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK);
2. Bagi mereka yang memiliki antara sijil di bawah merupakan satu kelebihan:-
  • Kursus Induksi Pentauliahan atau apa-apa syarat bertulis;
  • Sijil dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah;
  • Sijil Teknik Mengajar / Sijil Vocasional Trainning Officer (VTO), atau
  • Mana-mana sijil teknik mengajar yang diluluskan oleh kementerian
3. Bagi mereka yang dalam lingkungan umur 20 tahun hingga 45 tahun sahaja.
4. Jawatan tersebut adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia.
5. Sanggup bekerja di luar kawasan dan berdikari dalam menjalankan tugasan.
Pendapatan Bulanan :
Pendapatan bulanan adalah dalam lingkungan RM 3,500.00 - RM 8,500.00
Gaji Pokok : RM 1,750.00 - RM 2,250.00
Elaun Bulanan : RM 1,250.00 - RM 2,750.00
Insentif Prestasi : RM 1,500.00 - RM 3,000.00 (Menghabiskan seluruh kursus sahaja)
Perkongsian Keuntungan : 10% - 25% (Keuntungan Bersih)
 
 
Manfaat / faedah daripada pusat kami :
  1. 5 hari kerja seminggu
  2. KWSP & PERKESO
  3. Elaun dan Insentif
    • Elaun Pengangkutan
    • Elaun Petrol
    • Elaun Telefon & Internet
    • Elaun Makanan
    • Elaun Hiburan
    • Elaun Asrama
  4. Syarikat Subsidi
    • Pakaian Seragam
    • Telefon Bimbit
    • Komputer Riba
    • Pendidikan
  5. Bonus tahunan
  6. 10 hari cuti tahunan
  7. 22 hari cuti umum
  8. Kad Perubatan & Insurans Persendirian
  9. Skim Persaraan Pekerja
  10. Skim Pinjaman Pekerja
  11. Program / Kelas Motivasi
Bidang tugas yang dipertanggungjawab:
Tenaga Pengajar haruslah mempunyai salah satu kemahiran di bawah:-
  1. Kawalan Keselamatan (Security Guard)
  2. Juruteknik Komputer(Computer Technician)
  3. Juruteknik Telefon Bimbit (Handphone Technician)
  4. Juruteknik Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic Technician)
  5. Mekanik Motosikal (Motorcycle Mechanic)
  6. Mekanik Automobil (Automotive Mechanic)
  7. Tukang Jahit & Pembuat Pakaian Wanita (Tailor)
  8. Jurukecantikan (Beauty Therapy)
  9. Pendandan Rambut (Hairdresser)
  10. Pencetakan (Artist & Designer)
  11. Juruteknik Penghawa Dingin (Air-conditioner Technician)
  12. Pertukangan Paip Air (Water Pipe Mechanic)
  13. Pertukangan Perabot (Carpenter)

 


 Non-member
 



  Email to Friends  View Similar Jobs
  Save This Job  View Salary Report
  Report Advertisement

 

Jobs in Malaysia > Education Jobs > Lecturer Jobs, Jobs in Consulting (Business & Management) industry


Pusat Latihan Kemahiran Myart (905735-U)