Kod Pakaian di Tempat Kerja

Kod Pakaian di Tempat Kerja
Jobstreet content teamupdated on 06 July, 2021
Share

Sebilangan besar syarikat mengenakan kod pakaian tertentu di tempat kerja yang mencerminkan budaya kerja dan memaparkan imej profesional yang sesuai dengan jenis perniagaan syarikat. Ia mungkin agak membingungkan untuk memahami etika pakaian pejabat ini jika anda seorang pekerja baru dalam dunia korporat. Untuk menambahkan kekeliruan, terdapat juga kod pakaian yang berbeza untuk acara korporat yang berlainan.

Tetapi jangan risau. Kami telah mengumpulkan panduan yang mudah untuk membantu anda memahami etika pakaian syarikat supaya anda tahu bila dan bagaimana untuk menunjukkan penampilan pakaian korporat yang profesional. Mari kita mulakan dengan beberapa peraturan asas untuk pakaian pejabat.

Peraturan asas untuk pakaian pejabat

Sekiranya ada keraguan, semak senarai berikut:

  • Pastikan anda kelihatan kemas

Tak kira pakaian apa yang anda pilih, kekemasan adalah perkara paling penting dalam dunia korporat.

  • Utamakan keselesaan berbanding fesyen

Jika anda kelihatan bergaya tetapi pakaian tidak sesuai atau kurang selesa, tiada maknanya untuk ke pejabat sebab ketidakselesaan ini akan mempengaruhi produktivi anda di tempat kerja.

  • Elakkan pemakaian yang terlalu mendedahkan

Sekiranya anda ingin dihormati sebagai seorang profesional, anda perlu berpakaian seperti itu. Contohnya, elakkan daripada memakaiskirtatau seluar yang terlalu pendek dan ketat walaupun jika kod pemakaian sesuatu acara itu adalah ‘casual’.

  • Keep it simple

Jika anda memakai aksesori, ia mestilah berkelas dan sesuai dengan pakaian. Minyak wangi pula haruslah halus dan menyegarkan dan bukannya terlalu kuat.

  • Gayakan jenis pekerjaan anda

Sekiranya anda seorang profesional kreatif seperti pereka grafik atau artis visual, anda digalakkan untuk memakai pakaian yang lebih berwarna untuk mencerminkan kreativiti anda. Jika anda seorangsoftware developer, anda tidak dijangkakan untuk memakai sut sebab itu akan kelihatan pelik. Lainlah jika anda seorang peguam yang perlu menjumpa klien. Jadi, pilih pakaian yang sesuai dengan jenis pekerjaan anda.

Sekarang kita telah mengetahui peraturan asas jadi marilah kita memahami kod pakaian korporat dengan lebih terperinci.

Kod Pemakaian Di Dalam Pejabat

Business Formal / Profesional

Kod pakaianBusiness Formal / Profesionalberada di hujung sepktrum formal. Pakaian formal termasukla sut, kemeja berkolar, gaun,skirtdan blazer yang diseterika dengan baik, serta kasut yang tertutup dan aksesori halus seperti anting-anting untuk wanita dan tali leher untuk lelaki. Pastikan juga anda memilih warna neutral seperti hitam, coklat, biru gelap dan kelabu.

  • Sut, gaun dan blazer
  • Kemeja berkolar
  • Skirtdan blazer
  • Kasut tertutup
  • Aksesori halus

Business Casual

Ini merupakan kod pakaian yang paling biasa untuk kebanyakan pejabat dan syarikat.Business Casualmembenarkan gaya pemakaian yang lebih santai. Daripada sut lengkap, kemeja berkolar dan blazer, anda boleh mengekspresikan lebih banyak keperibadian anda dengan kemeja berwarna dengan seluar santai, skirt dengan blaus dan kardigan, kasut tertutup dan aksesori yang ringkas tetapi menarik.

  • Kemeja berwarna
  • Seluar santai
  • Skirt dengan blaus dan kardigan
  • Kasut tertutup
  • Aksesori ringkas tetapi menarik

Tidak formal / Casual

Kod pakaian ini sangat biasa dipraktikkan dalam syarikat yang memperhatikan hari Jumaat yang santai. Walaupun begitu, jangan pula terlalu santai. Ingatlah bahawa anda masih berpakaian untuk bekerja, jadi walaupun seluar jeans, kemeja polo, blaus berwarna-warni dan aksesori menarik dibenarkan, itu tidak bermakna anda boleh memakai seluar jeans yang robek, seluar yoga, singlet ataupun sandal. Mari kita tetap santai tetapi segak.

  • Seluar jeans
  • Kemeja polo
  • Blaus berwarna-warni
  • Aksesori yang sesuai

Kod Pemakaian Di Luar Pejabat

Casual

Di sesuatu acara pejabat yang kod pemakaiannya adalahcasualatau santai, anda boleh berpakaian selesa dan bergaya sambil menunjukkan diri anda yang lain di luar pejabat. Jadi, manfaatkan sepenuhnya! Sama seperti di pejabat, pastikan pakaian anda rapi dan segak. Walaupun tiada peraturan ketat untuk acara luar pejabat yangcasualatau santai, anda masih perlu mengekalkan imej profesional sebab ini adalah aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan anda.

  • Selesa
  • Rapi
  • Segak

Business

Untuk acara bisnes yang formal, anda boleh memakai sut dengan tali leher. Wanita juga boleh memakai gaun atauskirtparas lutut bersama blaus ataupun gaun hitam yang elegan dengan kasut tumit tinggi dan aksesori anggun.

  • Sut dengan tali leher
  • Gaun paras lutut
  • Skirtdengan blaus
  • Gaun hitam elegan

Black Tie

Acara seperti ini adalah sangat formal. Kod pakaianBlack Tiebermaksud lelaki perlu memakai tuksedo dengan tali leher ikatan tunduk (bow tie), kemeja putih,waistcoatdan kasut hitam oxford. Wanita pula boleh memakai gaun hitam panjang dengan aksesori berkilau dan kasut tumit tinggi.

  • Pakaian formal
  • Tali leher hitam
  • Kemeja putih
  • Waistcoat
  • Kasut hitam oxford
  • Gaun hitam panjang

Ingatlah, jika anda tidak pasti, semak senarai ini dan anda tidak perlu risau. Selamat membeli belah untuk pakaian pejabat baru anda!

Jika anda ingin tips kerja lain, sila rujuk ke laman ini .

More from this category: Workplace wellbeing

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.